LANGKAH 1- Mengenal sukukata terbuka.

Mengenal Angka, Huruf, Warna, Bentuk, Anggota Tubuh dalam Bahasa Inggris...

MARI MENGENAL ABC

Latih tubi membaca sukukata


Aktitivi murid prasekolah

                                               
                                               Aktiviti menulis oleh murid-murid prasekolah

                                              Aktiviti membaca oleh murid-murid Prasekolah
                                                           Beratur membeli makanan di kantin
                                                         Hari Graduasi prasekolah SKDC 2012

















LATIHAN KEBAKARAN



Murid prasekolah juga melibatkan diri dalam latihan kebakaran yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Murid prasekolah kelihatan begitu teruja apabila melihat demontrasi memadam api kebakaran yang di lakukan oleh pihak bomba yang di datangkan khas dari Balai Bomba Nilai,Negeri Sembilan.


Murid prasekolah begitu tekun melihat demontrasi memadam api kebakaran oleh pihak bomba.



Pihak bomba menunjukkan  bagaimana memadamkan api kebakaran dengan betul

Kelas Prasekolah SKDC

Kelas Prasekolah SK Desa Cempaka mempunyai segala kemudahan prasarana untuk kegunaan kanak-kanak prasekolah mengikuti program pendidikan prasekolah yang disediakan.Keceriaan kelas amat dititikberatkan agar kanak-kanak berasa selesa semasa berada din dalam kelas.


Guru prasekolah SKDC  iaitu Pn Zaimah Binti Tukiran dan Pembantu pengurusan murid (PPM) iaitu Pn Dorita Bt Hamzah

PRASEKOLAH SK DESA CEMPAKA

Inilah kelas prasekolah SK Desa Cempaka. Mula beroperasi mulai tahun 2003 sehingga kini.Kelas ini mampu menempatkan murid seramai 25 orang sahaja setiap tahun.




Murid prasekolah yang riang dan ceria selalu....

KURIKULUM PRASEKOLAH

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan,kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelaran berikut:

1.Tunjang bahasa dankomunikasi
 Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil..Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajarai oleh semua murid prasekolah.Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh murid di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil.

2.Tunjang  kerohanian,sikap dan nilai
Merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral.Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama 2 jam seminggu.

3.Tunjang ketrampilan diri
Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.

4.Tunjang perkembangan fizikal dan estetika.
Merangkumi perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta perkembangan kreativiti.

5.Tunjang sains dan teknologi
Merangkumi awal Sains dan awal matematik.

6.Tunjang kemanusiaan
 Memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri,lebih memahami perhuibungan antara diri dengan keluarga,rakan,komuniti dan alam sekitar..


   

Pendidikan Prasekolah

                                                         MATLAMAT
Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi ,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat.,serta aktiviti yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

                                                           OBJEKTIF

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani,emosi,sosial,intelek dan rohani.


                                                              FOKUS

Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaranyang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak,menekankan inkuiri penemuan,dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu,bertema,belajar melalui bermain,pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini ,kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.Pendidikan Prasekolah

Bangau Oh Bangau... Mengapa Engkau Kurus?

Hai..jumpa lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera

Prasekolah SK Desa Cempaka.Bandar Baru Nilai,71800 Negeri Sembilan.

Salam 1 Malaysia

PROFIL DIRIKU

ZAIMAH BINTI TUKIRAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN
(SEKOLAH RENDAH)
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
___________________

SAHABAT KU...

Bilangan Pengguna

Terima Kasih Cikgu

PAUTAN LUAR

PAUTAN LUAR
Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan
Zaimah Tukiran. Powered by Blogger.

Terjemahan


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pejabat Pelajaran Daerah Seremban

Search This Blog

chat


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.