Pendidikan Prasekolah

                                                         MATLAMAT
Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi ,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat.,serta aktiviti yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

                                                           OBJEKTIF

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani,emosi,sosial,intelek dan rohani.


                                                              FOKUS

Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaranyang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak,menekankan inkuiri penemuan,dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu,bertema,belajar melalui bermain,pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini ,kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.Pendidikan Prasekolah

0 ulasan:

Post a Comment

Hai..jumpa lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera

Prasekolah SK Desa Cempaka.Bandar Baru Nilai,71800 Negeri Sembilan.

PROFIL DIRIKU

ZAIMAH BINTI TUKIRAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN
(SEKOLAH RENDAH)
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
___________________

SAHABAT KU...

Bilangan Pengguna

Terima Kasih Cikgu

PAUTAN LUAR

PAUTAN LUAR
Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan
Zaimah Tukiran. Powered by Blogger.

Terjemahan


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pejabat Pelajaran Daerah Seremban


Search This Blog

chat


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.