KURIKULUM PRASEKOLAH

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan,kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelaran berikut:

1.Tunjang bahasa dankomunikasi
 Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil..Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajarai oleh semua murid prasekolah.Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh murid di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil.

2.Tunjang  kerohanian,sikap dan nilai
Merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral.Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama 2 jam seminggu.

3.Tunjang ketrampilan diri
Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.

4.Tunjang perkembangan fizikal dan estetika.
Merangkumi perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta perkembangan kreativiti.

5.Tunjang sains dan teknologi
Merangkumi awal Sains dan awal matematik.

6.Tunjang kemanusiaan
 Memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri,lebih memahami perhuibungan antara diri dengan keluarga,rakan,komuniti dan alam sekitar..


   

0 ulasan:

Post a Comment

Hai..jumpa lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera

Prasekolah SK Desa Cempaka.Bandar Baru Nilai,71800 Negeri Sembilan.

Salam 1 Malaysia

PROFIL DIRIKU

ZAIMAH BINTI TUKIRAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN
(SEKOLAH RENDAH)
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
___________________

SAHABAT KU...

Bilangan Pengguna

Terima Kasih Cikgu

PAUTAN LUAR

PAUTAN LUAR
Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan
Zaimah Tukiran. Powered by Blogger.

Terjemahan


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pejabat Pelajaran Daerah Seremban

Search This Blog

chat


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.