Aktiviti persediaan ke tahun satu

membeli makanan di kantin
Beratur untuk membeli makanan
                                                           Melawat ke kelas tahun satu

                                            Ceria dan gembira di hari terakhir di kelas prasekolah

CARA MUDAH MENGUASAI ABJAD

1.Menguasai abjad
  
   Apa ?
   Bila  ?
   Bagaimana?

2. Pelaksanaan
  

  •     Meengenal / mengecam
  •     Menulis / membentuk  (kedua-duanya dilakukan serentak)
  •     memperkenal abjad mengikut tema

3.  Bagaimana?

     Abjad dibahagikan kepada 6 kumpulan
  1. Kumpulan  1 =  c,o,a,d,g,q
  2. Kumpulan  2 =  e,s
  3. Kumpulan  3 =  l,j,p,t,k,h,b
  4. Kumpulan  4 =  r,n,m
  5. Kumpulan  5 =  u,v,y,w
  6. Kumpulan  6 =  x,z
4. Selepas setiap kumpulan uruf diperkenalkan,penilaian bagi menguji tahap penguasaan perlu dibuat.


BBM - TUNJANG KOMUNIKASI (Anggota Badan Saya)

Rancangan Pelajaran Harian Prasekolah _ TUNJANG KOMUNIKASI




RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

Hari     : Selasa                                                                      Masa  : 9.00-10.00 pagi
Tarikh : 2 Oktober 2012                                                       Bil. Pelajar     : 25 orang
Kelas  : Prasekolah
Tajuk/tema    : Diri saya
Sub tema       : Anggota badan saya
Tunjang         : Bahasa dan komunikasi
Standard Pembelajaran  : BM 2.1.4  - Berbual dengan sebutan perkataan yang betul
                                          BM 3.4.2  - Membunyikan dua sukukata dengan
                                                             bimbingan.
                                          BM 4.2.6 -  Menulis perkataan KV + KV
  
Objektif           :  Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.    Menamakan anggota badan
2.    Mengecam huruf yang terdapat dalam perkataan yang diberi
3.    Mengeja dan membunyikan sukukata KV
4.    Mencantumkan dan menulis sukukata KV + KV menjadi perkaataan bermakna
Pengetahuan Sedia Ada   : Murid mengetahui bahagian tubuh badan
                        
Konsep          : Mengenal huruf vokal dan huruf konsonan
Bahan                        : Gambar,kad sukukata,kad perkataan dan lembaran kerja
Nilai                : Tekun dan berdikari
Kemahiran    : Membatangkan sukukata terbuka


Fasa/langkah

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

catatan/bahan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
set induksi
(5 minit)
Menyanyikan lagu ABC,lagu huruf vokal dan lagu anggota badan saya
Guru menyanyikan lagu sambil menunjukkan bentuk-bentuk huruf  serta membuat pergerakan
Murid menyanyikan lagu bersama-sama guru sambil membuat pergeraakan

Bentuk huruf


Langkah 1
(menstruktur)
(10 minit)
1.Menamakan gambar.
2.


Guru menunjukkan kad-kad bergambar mengenai bahagian –bahagian anggota badan.
Murid menamakan bahagian anggota tubuh badan.
Teknik soal jawab

Bahan;
Kad bergambar
Kad sukukata
Kad perkataan
Langkah 2
Aplikasi Idea
(10 minit)
1.Mengeja dan membunyikan sukukata terbuka  KV

2. Menulis dan mencantumkan sukukata berdasarkan gambar untuk membentuk perkataan
1.Guru menunjukkan kad-kad sukukata KV

2. Guru membimbing murid mencantum sukukata untuk dijadikan perkataan bermakna.
1.Murid megeja dan membunyikan sukukata-sukukata yang diberi.
2.Murid menulis sukukata berdasarkan gambar untuk membentuk perkataan bermakna

Latihtubi bacaan

Bahan :
- kad sukukata
-lembaran kerja
Refleksi/ Penutup
(5 minit)
Menilai hasil dapatan


Nyanian lagu
“kalau anda gembira”
Guru menilai dapatan murid  dan bersoaljawab mengenai apa yang telah di pelajari.
Murid sekali lagi menyatakan bahagian anggota badan yang dipelajari dan menyanyi bersama –sama guru

Soal jawab

penghargaan



Murid prasekolah sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberi 

                                         Contoh lembaran kerja bertema (Anggota Badan)



LANGKAH 1- Mengenal sukukata terbuka.

Mengenal Angka, Huruf, Warna, Bentuk, Anggota Tubuh dalam Bahasa Inggris...

MARI MENGENAL ABC

Latih tubi membaca sukukata


Aktitivi murid prasekolah

                                               
                                               Aktiviti menulis oleh murid-murid prasekolah

                                              Aktiviti membaca oleh murid-murid Prasekolah
                                                           Beratur membeli makanan di kantin
                                                         Hari Graduasi prasekolah SKDC 2012

















LATIHAN KEBAKARAN



Murid prasekolah juga melibatkan diri dalam latihan kebakaran yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Murid prasekolah kelihatan begitu teruja apabila melihat demontrasi memadam api kebakaran yang di lakukan oleh pihak bomba yang di datangkan khas dari Balai Bomba Nilai,Negeri Sembilan.


Murid prasekolah begitu tekun melihat demontrasi memadam api kebakaran oleh pihak bomba.



Pihak bomba menunjukkan  bagaimana memadamkan api kebakaran dengan betul

Kelas Prasekolah SKDC

Kelas Prasekolah SK Desa Cempaka mempunyai segala kemudahan prasarana untuk kegunaan kanak-kanak prasekolah mengikuti program pendidikan prasekolah yang disediakan.Keceriaan kelas amat dititikberatkan agar kanak-kanak berasa selesa semasa berada din dalam kelas.


Guru prasekolah SKDC  iaitu Pn Zaimah Binti Tukiran dan Pembantu pengurusan murid (PPM) iaitu Pn Dorita Bt Hamzah

PRASEKOLAH SK DESA CEMPAKA

Inilah kelas prasekolah SK Desa Cempaka. Mula beroperasi mulai tahun 2003 sehingga kini.Kelas ini mampu menempatkan murid seramai 25 orang sahaja setiap tahun.




Murid prasekolah yang riang dan ceria selalu....

KURIKULUM PRASEKOLAH

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan,kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelaran berikut:

1.Tunjang bahasa dankomunikasi
 Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil..Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajarai oleh semua murid prasekolah.Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh murid di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil.

2.Tunjang  kerohanian,sikap dan nilai
Merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral.Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama 2 jam seminggu.

3.Tunjang ketrampilan diri
Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.

4.Tunjang perkembangan fizikal dan estetika.
Merangkumi perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta perkembangan kreativiti.

5.Tunjang sains dan teknologi
Merangkumi awal Sains dan awal matematik.

6.Tunjang kemanusiaan
 Memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri,lebih memahami perhuibungan antara diri dengan keluarga,rakan,komuniti dan alam sekitar..


   

Pendidikan Prasekolah

                                                         MATLAMAT
Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi ,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat.,serta aktiviti yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

                                                           OBJEKTIF

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani,emosi,sosial,intelek dan rohani.


                                                              FOKUS

Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaranyang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak,menekankan inkuiri penemuan,dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu,bertema,belajar melalui bermain,pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini ,kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.Pendidikan Prasekolah

Bangau Oh Bangau... Mengapa Engkau Kurus?

Aktiviti 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia

Aktiviti senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah dijalankan dengan jayanya di SKDC.Murid-murid prasekolah juga tidak ketinggalan untuk mengikuti program ini.Aktiviti senamrobik ini juga memenuhi tunjang pembelajaran yang terdapat pada kurikulum standard prasekolah kebangsaan.

Graduan cilik

Seramai 25 orang graduan cilik prasekolah SK Desa Cempaka akan menamatkan pengajiannya dan terus melangkah ke Tahun 1 tidak lama lagi...doa dan harapan cikgu semoga kalian berjaya pada hari ini,esok dan pada masa akan datang...

Hai..jumpa lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera

Prasekolah SK Desa Cempaka.Bandar Baru Nilai,71800 Negeri Sembilan.

PROFIL DIRIKU

ZAIMAH BINTI TUKIRAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN
(SEKOLAH RENDAH)
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
___________________

SAHABAT KU...

Bilangan Pengguna

Terima Kasih Cikgu

PAUTAN LUAR

PAUTAN LUAR
Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan
Zaimah Tukiran. Powered by Blogger.

Terjemahan


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pejabat Pelajaran Daerah Seremban


Search This Blog

chat


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.